
Aku bukan mahu menyalahkan sesiapa, tetapi cubalah kita semua fikir2kan hakikat ini..
ONE MALAYSIA
Apa maknanya konsep yang dibawakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ini.. Melalui konsep ini, perpaduan dan kemurnian antara semua kaum yang terdapat di Malaysia yang tercinta ini yang ingin dititikberatkan oleh kerajaan...
Tetapi,
Kita sebagai rakyat, apa yang kita lakukan...?
Adakah kita membantu usaha kerajaan bagi membantu kerajaan menyemai perpaduan serta keselamatan negara terjamin?
Perlukah kita saling bermusuh-musuhan serta bertindak dengan menuding jari ke arah orang lain serta mengambil apa yang bukan kepunyaan kita melalui cara yang tidak betul ( rasuah serta korupsi ) semata-mata untuk memelihara kepentingan diri?
Dikaca televisyen serta didada akhbar sering terpampang berita tentang tindakan yang tidak bermoral langsung serta boleh merosakkan generasi akan datang.. Rasuah, mencuri, rogol, bunuh, merompak dan yang paling teruk sekali ialah membakar rumah-rumah ibadat..
Apakah ini tindakan masyarakat Malaysia yang sering disanjungi oleh warga pengunjung serta pelancong dari negara lain dengan ketinggian budi pekerti dan sopan santun?
Fikir-fikirkanlah...

Corak kehidupan seperti mana yang kita ingin tinggalkan untuk generasi akan datang?
Untuk anak cucu yang bakal menggembleng tenaga untuk memajukan negara dan kehidupan ini...

Adakah kita mahu nasib mereka menjadi seperti di negara-negara yang sedang bergolak dalam peperangan dan pergaduhan berikutan sikap kita semua yang mementingkan diri sendiri sehingga keutuhan perpaduan dalam negara goyah dan membuka peluang kepada ancaman luar yang digeruni bertindak..
No comments:
Post a Comment