My Pengikut..hehe

Monday, May 14, 2012

mereka kebanggaanku.:')

"dah tua-tua pun asyik berulang pergi kesekolah. pergi brassband je. macam la dia tu budak sekolah lagi. sudah-sudahlah tu ooii.. layak sangat dah kau tu jadi bapak orang.."

peh.. pedas siot aku menerima ayat yang sama je berulangkali. sekarang dah nak masuk tiga tahun dah aku habis sekolah, tapi, jiwa aku tetap tertarik dengan tempat aku menimba ilmu, iaitu, SMK Chukai atau nama lain, TePCES.. bila mendengar ayat yang orangg lontarkan kat aku macam tu, aku hanya mampu mengukir senyuman.. harap-harap, bukan senyuman sinis... sambil hatiku mengomong, "tak apa, suatu hari nanti, aku akan bagitahu mereka apa tujuan aku, apa matlamat aku, apa yang aku nak dalam berulang- alik ke sekolah lama aku.. kau gelak kat aku, kau marah kat aku, kau memperlekehkan aku.. tak apa.. suatu hari kau tahu apa makna perbuatan aku.. action speaks louder than words.."

maka dengan ini, aku pun mengambil peluang untuk pulang ke kemaman, kampung halaman aku.. sebab, nak tengok budak-budak ni berlatih.. dan aku kesian dekat mereka-mereka yang selalu tanya kenapa aku tak balik.. serba salah jadinya.. nak balik, aku akan ketinggalan kelas.. tapi, ada orang menanti-nanti aku kat sekolah tu.. hmm.. jadi, aku pun berangkat pulang.. bukan hanya dengan satu misi, tetapi dua.. aku balik pun sebab nak jenguk family aku.. takut-takut tak sempat pula nak balik sebelum final nanti..

jadi, sesampainya aku kat kemaman, aku minta member aku mai ambik aku kat rumah.. serba salah nak jalan pergi ke sekolah yang berada tak sampai 100 meter dari rumah aku.. sebab aku beritahu kepada ummi aku balik nak berehat.. hmm.. nasib baik kawan aku datang ambik, takde lah nampak sangat yang tujuan aku balik ni nak ngajar band sekolah aku... 

tapi sayang, aku balik pun tersangatlah lewat.. 2 hari sebelum pertandingan.. tak sempat aku nak memperbetulkan basic march dan mengajar koreografi untuk mereka.. plus, aku menjadi teramat kagum dengan sound, semangat serta idea mereka untuk formation sendiri.. sebetulnya aku dapat mengatakan, mereka dah mula memahami apa itu marching band.. mereka tahu apa itu seni marching band.. dengan alunan lagu hakikat sebuah cinta yang mereka main, aku menjadi khayal.. hehe.. lagu yang sedap, ditambah dengan sound yang power.. hampir aku menitiskan air mata.. terharu aku mendengarnya..

dan kemudian, datanglah hari yang mendebarkan.. 3 Mei 2012, PERTANDINGAN PANCARAGAM KEBANGSAAN ZON PANTAI TIMUR.. dengan aku sekali yang merasai kedebaran.. pada hari pertandingan, aku tak mampu mengeluarkan sebarang suara sepanjang mereka membuat persembahan.. aku telah berjanji dengan mereka yang aku nak bersorak untuk mereka.. tapi, tak mampu nak mengeluarkan suara.. seluruh tubuh menggeletar.. sepanjang memerhatikan persembahan mereka, aku hanya mampu berdoa semoga mereka mampu melakukan yang terbaik..

tamat sahaja persembahan, tiba pula waktu untuk penyampaian anugerah.. lagilah aku berdebar.. dalam mengukir senyuman bila bersembang dengan rakan sealumni denganku, aku terus berdoa.. sambil memerhatikan gelagat pengacara majlis.. 

semasa pengacara mengumumkan satu persatu.....


alhamdulillah... seperti yang aku menduga (dalam keadaan ragu-ragu masa ni) sebelum pengacara mengumumkannya.. kalau korang nak tahu, orang yang paling kuat bersorak masa ni, aku sorang sahaja.. hehe... siapa tak seronok.. inilah persembahan dari mereka...

bangga sungguh aku dengan kalian..

ini untuk mereka yang banyak soal tentang apa yang aku buat.. inilah apa yang cari selama ini.. aku, cikgu awie dan aimi nak bawa mereka ni naik ke level yang paling tinggi.. mula-mula, zon, lepas ni, kebangsaan, lepas tu, antarabangsa pula.. aku mempunyai matlamat, aku mempunyai plan, aku mempunyai strategi, dan aku mempunyai cara aku yang tersendiri.. jangan silap menilai diriku.. anda silap jika mengatakan aku ini kebudakan..

to all TePCES Marching Band members, abue mengucapkan tahniah kepada korang semua.. anda yang terbaik.. anda hebat.. best sangat performance korang.. do not give up, guys.. ramai orang sedang menanti korang kat level tinggi lagi.. jom kita perform untuk diorang, dan bagi mereka dengar the sound of the PRIDE, HONOR, DISCIPLINE.. love u guys.. ;)

No comments: