My Pengikut..hehe

Thursday, September 13, 2012

Always Hope For Him

Bergantunglah kepadaNya, Yang Maha Esa
Dia sentiasa bersama kita, siang atau malam, dikala suka, duka, tawa, kecewa.
Ingat,
berdoalah kepadaNya,
mohonlah keampunan daripadaNya,
kerana,
belum tentu kita dipanjangkan usia.
Hidup, mati, jodoh, perpisahan,
itu semua ketentuanNya.
Bertaqwalah kepadaNya,
Patuhilah suruhanNya,
Tinggalkanlah segalanya yang dilarangNya,
Moga-moga,
kita dikurniakan tempat disisiNya.

"Wahai Tuhanku, hanyapadaMu tempatku bergantung. Tunjukkan daku jalan menuju kesyurgaMu. Ampunilah daku."





Monday, May 14, 2012

mereka kebanggaanku.:')

"dah tua-tua pun asyik berulang pergi kesekolah. pergi brassband je. macam la dia tu budak sekolah lagi. sudah-sudahlah tu ooii.. layak sangat dah kau tu jadi bapak orang.."

peh.. pedas siot aku menerima ayat yang sama je berulangkali. sekarang dah nak masuk tiga tahun dah aku habis sekolah, tapi, jiwa aku tetap tertarik dengan tempat aku menimba ilmu, iaitu, SMK Chukai atau nama lain, TePCES.. bila mendengar ayat yang orangg lontarkan kat aku macam tu, aku hanya mampu mengukir senyuman.. harap-harap, bukan senyuman sinis... sambil hatiku mengomong, "tak apa, suatu hari nanti, aku akan bagitahu mereka apa tujuan aku, apa matlamat aku, apa yang aku nak dalam berulang- alik ke sekolah lama aku.. kau gelak kat aku, kau marah kat aku, kau memperlekehkan aku.. tak apa.. suatu hari kau tahu apa makna perbuatan aku.. action speaks louder than words.."

maka dengan ini, aku pun mengambil peluang untuk pulang ke kemaman, kampung halaman aku.. sebab, nak tengok budak-budak ni berlatih.. dan aku kesian dekat mereka-mereka yang selalu tanya kenapa aku tak balik.. serba salah jadinya.. nak balik, aku akan ketinggalan kelas.. tapi, ada orang menanti-nanti aku kat sekolah tu.. hmm.. jadi, aku pun berangkat pulang.. bukan hanya dengan satu misi, tetapi dua.. aku balik pun sebab nak jenguk family aku.. takut-takut tak sempat pula nak balik sebelum final nanti..

jadi, sesampainya aku kat kemaman, aku minta member aku mai ambik aku kat rumah.. serba salah nak jalan pergi ke sekolah yang berada tak sampai 100 meter dari rumah aku.. sebab aku beritahu kepada ummi aku balik nak berehat.. hmm.. nasib baik kawan aku datang ambik, takde lah nampak sangat yang tujuan aku balik ni nak ngajar band sekolah aku... 

tapi sayang, aku balik pun tersangatlah lewat.. 2 hari sebelum pertandingan.. tak sempat aku nak memperbetulkan basic march dan mengajar koreografi untuk mereka.. plus, aku menjadi teramat kagum dengan sound, semangat serta idea mereka untuk formation sendiri.. sebetulnya aku dapat mengatakan, mereka dah mula memahami apa itu marching band.. mereka tahu apa itu seni marching band.. dengan alunan lagu hakikat sebuah cinta yang mereka main, aku menjadi khayal.. hehe.. lagu yang sedap, ditambah dengan sound yang power.. hampir aku menitiskan air mata.. terharu aku mendengarnya..

dan kemudian, datanglah hari yang mendebarkan.. 3 Mei 2012, PERTANDINGAN PANCARAGAM KEBANGSAAN ZON PANTAI TIMUR.. dengan aku sekali yang merasai kedebaran.. pada hari pertandingan, aku tak mampu mengeluarkan sebarang suara sepanjang mereka membuat persembahan.. aku telah berjanji dengan mereka yang aku nak bersorak untuk mereka.. tapi, tak mampu nak mengeluarkan suara.. seluruh tubuh menggeletar.. sepanjang memerhatikan persembahan mereka, aku hanya mampu berdoa semoga mereka mampu melakukan yang terbaik..

tamat sahaja persembahan, tiba pula waktu untuk penyampaian anugerah.. lagilah aku berdebar.. dalam mengukir senyuman bila bersembang dengan rakan sealumni denganku, aku terus berdoa.. sambil memerhatikan gelagat pengacara majlis.. 

semasa pengacara mengumumkan satu persatu.....


alhamdulillah... seperti yang aku menduga (dalam keadaan ragu-ragu masa ni) sebelum pengacara mengumumkannya.. kalau korang nak tahu, orang yang paling kuat bersorak masa ni, aku sorang sahaja.. hehe... siapa tak seronok.. inilah persembahan dari mereka...

bangga sungguh aku dengan kalian..

ini untuk mereka yang banyak soal tentang apa yang aku buat.. inilah apa yang cari selama ini.. aku, cikgu awie dan aimi nak bawa mereka ni naik ke level yang paling tinggi.. mula-mula, zon, lepas ni, kebangsaan, lepas tu, antarabangsa pula.. aku mempunyai matlamat, aku mempunyai plan, aku mempunyai strategi, dan aku mempunyai cara aku yang tersendiri.. jangan silap menilai diriku.. anda silap jika mengatakan aku ini kebudakan..

to all TePCES Marching Band members, abue mengucapkan tahniah kepada korang semua.. anda yang terbaik.. anda hebat.. best sangat performance korang.. do not give up, guys.. ramai orang sedang menanti korang kat level tinggi lagi.. jom kita perform untuk diorang, dan bagi mereka dengar the sound of the PRIDE, HONOR, DISCIPLINE.. love u guys.. ;)

Sunday, February 12, 2012

snack petang yang paling senang... :D




ladies and gentlemen, now, I would like to share with all of you about how to make a simplest snack. haha.. before that, let us see the either we are ready to start or not.

1. a loaf of bread.
2. a dozen of sausages (chicken is better coz it is less salty than beef one)
3. a mug of plain water

are you ready?? hahaha..


1. cut each sausages, into half.
2. flatten each piece of bread with a roller.
3. put each slices of sausages on each pieces of bread and roll it carefully
4. moisten the end of the bread by sweep a little of water on it
5. cut each roll into 4 @ 5 (depends on the sizes that you want)

camnila rupe die sebelum masak

6. lastly, fry them until the sausages is cooked and it is ready to be served.
senang sangat sampai budak kecik pon boleh buat.

Saturday, December 3, 2011

wanita gila yang menjaga auratnya..


wargh.. geram pula rasanya malam ni. nampak tak apa dah jadi dengan blog aku ni? haha. dah FAIL! siot betul. apalah nak jadi dengan aku malam ni. eh. tengok kat bulan sebelah tu. sudah 9 Muharram rupanya. dah 9 hari dah masuk tahun baru hijrah 1433 ni. alhamdulillah. makin panjang umur aku dan korang-korang semua yang membaca ni. alang-alang dah tau tarikh hari ni 9 muharram kan, jomlah kita pakat berpuasa hari assyuraa beramai-ramai. best wo. ganjaran pahala banyak sangat.
Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."


mashaAllah. besar betul ganjarannya ni. itu yang dalam pengetahuan aku. yang diluar pengetahuan aku? haa. belum termasuk lagi tu. marilah semua kita berpuasa. kenapa ajak berpuasa hari ni? berpuasa pada 10 muharram dan hari yang beriringan dengannya, samaada 9 atau 11 muharram tu untuk membezakan puasa orang yahudi dan puasa kaum muslimin. ha.. ada faham?

bercakap mengenai hari assyuraa ni, tiba-tiba lah pula teringatkan ceramah awal muharram dimasjid berdekatan dengan rumah aku ni. ceramah oleh al-fadil ustaz tabrani. seorang imam disebuah masjid dalam daerah ni juga. dalam ceramah beliau, ada point yang menarik minat aku.

beliau mengisahkan ada seorang wanita pada zaman nabi s.a.w ni mempunyai penyakit gila. beliau pun berjumpa dengan nabi dan meminta nabi berdoa kepada Allah s.w.t untuk menyembuhkan penyakit gila beliau. nabi pun berkata kepadanya bahawa baginda boleh menjamin kesembuhan dari penyakit gila itu tetapi tidak dapat menjamin dia dapat ke syurga atau tidak. mendengar hal itu, perempuan itu menarik balik niatnya itu. kemudian dia berkata lagi "ya rasulullah. jika begitu, engkau berdoalah kepada Allah s.w.t supaya ketika datangnya penyakit gilaku ini, tidak terbuka olehku segala auratku", maka nabi pun berdoalah. dan apabila datangnya sakit wanita itu, mashaAllah, terjaga olehnya aurat seperti yang dimintanya tadi. subhanallah. tengok tu kawan-kawan, kalau dalam bahasa kasar kita sekarang ni, 'ORANG GILA PUN TAHU MENUTUP AURAT' subhanallah. kita yang sihat tubuh
dan akal fikiran ini macammana pula? tak tahukah kita apa yang baik dan buruk? bukan ditujukan kepada kaum hawa sahaha tau, kaum adam pun sama juga. kenapa? toksah bertanya lagi. pakai seluar tak cukup syarat. kadang-kadang tu boxer sahaja dipakainya untuk bermain bola.

ingat teman-teman, walaupun masing-masing sudah panjang lebar, baligh, besar, segala amalan kita diatas muka bumi masih dikreditkan sahamnya kepada parent kita. mereka perlu menjawab soalan-soalan dari Yang Maha Esa nanti. "mengapa anakmu tidak menutup aurat? adakah sudah engkau melunaskan tanggungjawabmu sebagai ibubapanya dengan mengajarnya tentang aurat?" tuddia. apa jawapan yang teman-teman mahu berikan? dengan Dia kita tak dapat mengelat macam yang kita selalu buat bila sudah kantoi.
pakai elok-elok..
fikirkanlah. buka hati, buka minda, tanya iman. wallahualam

Monday, November 14, 2011

kenapa tak sama????

alhamdulillah. baru sudah tengok kem muzik di geliga tadi bersama sifu aku, Mr. Awie dan kawan yang setakat ni asyik teman aku kemana-mana samaada untuk main muzik ditepi pantai atau bersiar-siar. :D seronok walaupun masih tak puas. malam ni kem tu ada lagi, tapi, aku tak dapat pergilah kan. kalau aku pergi lagi malam ni, apa pula kata mak ayah aku. beruntunglah aku mereka masih belum menghalang aku untuk menjenguk dan menolong Mr. Awie ajar ahli band tu walaupun mereka ada bertanya "bila nak berhenti main brassband ni?" alamak. soalan itu aku tak jawab, sebab diorang dah tau apa jawapan yang aku akan bagi iaitu, "selagi masih ada minat, pergi." sebab memang aku susah untuk menghentikan minat aku sehinggalah aku rasa sedemikian.

sebenarnya hari ni Mr. Awie minta tolong dari aku untuk melatih ahli band untuk marching @ berkawad. hehe. memang bidang aku bab-bab kawad ni. walaupun aku bergelar drummajor dulu, tapi aku lemah dalam bab muzik ni walaupun aku pernah main trumpet, high tension drum, quad-tom drum dan bass drum. mungkin kerana aku asyik menumpu sepenuh perhatian untuk latihan menghayun dan melambung mace @ cokmar. asal time ensemble (semua seksyen), aku keluar membawa mace tu dan 'main' kat tanah lapang. bila sesi latihan untuk marching, barulah aku yang conduct. begitu juga dengan formasi.

opsss. dah melalut. back to the story. 10 minit sebelum latihan, aku pun bergerak ke sekolah. belum lagi aku masuk ke kawasan sekolah, aku bertembung dengan Akmal and the gang. Afif, Ilya. diorang beritahu yang latihan untuk kawad pada petang tadi dibatalkan sebab tak ramai yang datang. dah separuh jalan, sikit lagi nak masuk ke kawasan sekolah. aduh. patah semangat aku bhai. sedih siot. takkan nak balik macam tu saja. aku pun dengan tanpa berlengah lagi, call Mr. Awie dan berjumpa dengan dia seperti yang dia beritahu dimana dia berada dan aku berjumpa dengan Adib, Alia, Atin Suha, Mida, Afin atau yang aku boleh kata, muka yang sama saja tiap kali aku jenguk band. Mr. Awie pun beritahu aku dia nak cancelkan latihan petang itu sebab tak ada orang yang datang.

*dalam fikiran aku, aku hairan kenapa mereka tak datang seperti tak berminat dengan band ni. kemana semangat diorang semasa mula-mula join band ni? pening juga kepala aku fikirkan semua ni. nak buat macam mana lagi sampai boleh mendapat bilangan solid 62 orang untuk ke pertandingan? aduh...

Thursday, October 27, 2011

.......

malam ni sudah penat aku tekan butang reload kerana sepatutnya hari ini, keputusan peperiksaan aku dah dapat. dari pukul 5 petang lagi aku tunggu tapi, tetap tak dapat. dalam masa menunggu keputusan tersebut aku layan lagu yang sudah lama aku tak dengar. lagu yang bagus! :')



walaupun lagu ni enak didengari, tapi lirik tu agak sedih. mengimbau kenangan silam aku, hehe. so, selamat mendengar. from bro. Dr. Fazley a.k.a abg paji.

Thursday, October 6, 2011

soalan..

hari ni the 2nd time aku berjogging di padang astaka, padang yang menjadi tumpuan orang kemaman untuk beriadah. sedang aku berjogging tadi, teringat lah perbualan aku dengan seorang junior a.k.a coursemate aku ni berkenaan privacy diri aku.

Junior: bro.. bro ni nampak matured sangat la.. mesti da bertunang kan?

Aku: ha?? uisy.. mana ada bertunang lagi lah.. awek pun takde.. bertunang apenye..

Junior: tipu la.. serious ni.. saya serious.. cakap la bebetul..

Aku: betul la.. watpe nak tipu lak..

Junior: nape tak kapel??

Aku: takde orang yang mau.. nak wat camne..

Junior: adoyai... kompom2 dah tipu ni, bro... cakap betul2 la.. kan menipu itu berdosa..

Aku: Ya Allah, betul la... tak tipu langsung... takde tunang, takde makwe lah...


*perbualan yang akhir itu berulang beberapa kali sampailah aku naik fed up and blah dari tempat tu..


dan itu bukan kali yang pertama soalan itu diajukan kepada aku... time aku menunggu ktm di stesen kl sentral pun sama jugak.. siap kata aku dah berkahwin.. aiseyman... aku muda lagi lah weih... seingat aku, soalan tersebut dah masuk 5 kali kot orang tanya kat aku sal perhubungan ni.. tiap kali diorang bertanya, haiz... kuciwa tul.. sedih pun ada jugak... hahaha... tapi takpe.. aku dah tau dah yang semua orang fikir aku ni bahagia... huhu.. terima kasih kerana mendoakan aku sedemikian... ameen ya rabbal alameen..