sebenarnya hari ni Mr. Awie minta tolong dari aku untuk melatih ahli band untuk marching @ berkawad. hehe. memang bidang aku bab-bab kawad ni. walaupun aku bergelar drummajor dulu, tapi aku lemah dalam bab muzik ni walaupun aku pernah main trumpet, high tension drum, quad-tom drum dan bass drum. mungkin kerana aku asyik menumpu sepenuh perhatian untuk latihan menghayun dan melambung mace @ cokmar. asal time ensemble (semua seksyen), aku keluar membawa mace tu dan 'main' kat tanah lapang. bila sesi latihan untuk marching, barulah aku yang conduct. begitu juga dengan formasi.
opsss. dah melalut. back to the story. 10 minit sebelum latihan, aku pun bergerak ke sekolah. belum lagi aku masuk ke kawasan sekolah, aku bertembung dengan Akmal and the gang. Afif, Ilya. diorang beritahu yang latihan untuk kawad pada petang tadi dibatalkan sebab tak ramai yang datang. dah separuh jalan, sikit lagi nak masuk ke kawasan sekolah. aduh. patah semangat aku bhai. sedih siot. takkan nak balik macam tu saja. aku pun dengan tanpa berlengah lagi, call Mr. Awie dan berjumpa dengan dia seperti yang dia beritahu dimana dia berada dan aku berjumpa dengan Adib, Alia, Atin Suha, Mida, Afin atau yang aku boleh kata, muka yang sama saja tiap kali aku jenguk band. Mr. Awie pun beritahu aku dia nak cancelkan latihan petang itu sebab tak ada orang yang datang.
*dalam fikiran aku, aku hairan kenapa mereka tak datang seperti tak berminat dengan band ni. kemana semangat diorang semasa mula-mula join band ni? pening juga kepala aku fikirkan semua ni. nak buat macam mana lagi sampai boleh mendapat bilangan solid 62 orang untuk ke pertandingan? aduh...
No comments:
Post a Comment