My Pengikut..hehe

Thursday, June 17, 2010

Masjidil Aqsa adalah permata dimata umat Islam


Aku baru balik dari Masjid Putra Nilai setelah mendirikan solat fardhu jumaat tadi...Alhamdulillah, masjid tu penuh dengan umat-umat Islam yang masih percaya dengan rukun-rukun Islam dan rukun Iman dan mematuhi suruhan Allah s.w.t sebagai Yang Maha Pencipta alam maya ini...
Khutbah pada hari ini berkisar tentang fenoma yang berlaku di bumi Palestin, bumi yang dirahmati oleh Allah s.w.t dan merupakan bumi Anbiya yang kini menjadi rebutan antara tiga agama yang berbeza; Islam, Kristian dan Yahudi, kerana Masjidil Aqsanya...Masjid yang merupakan yang paling penting bagi umat Islam....

Ada 5 kelebihan Masjid Aqsa pada umat Islam:

1) Masjid yang kedua dicipta di atas muka bumi ini selepas Masjidil Haram atau Ka`abah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s
2) Masjid yang menjadi tempat semasa berlakunya Isra` Mi`raj
3) Masjid yang menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum Ka`abah
4) Masjid yang dikurniakan darjat kepada umat Islam yang bersembahyang didalamya selain Masjidil Harram dan Masjid Nabawi
5) Masjid yang menjadi wakaf kepada umat Islam sehingga ke akhirat...

Wahai umat Islam sekaliam...Lihatlah kamu betapa pentingnya Masjid Aqsa yang berada dalam bahaya di dalam tangan tentera Zionis...Jika kita sayangkan masjid yang suci ini, apatah lagi Islam, kita carilah ikhtiar untuk memerangi tentera Zionis dan menghalang mereka dari menghapuskan hak dan milik kita..

Allahuakbar!!!Allahuakbar!!!!Allahuakbar!!!

No comments: