My Pengikut..hehe

Sunday, January 30, 2011

29th January 2011

Alhamdulillah aku selamat sampai ke Nilai dari Penang selepas mengikuti program bakti siswa disana..memang perasaan yang pelbagai mula ada, happy, excited, girang...macam2 ada..
tapi pada tarikh yang tertera di atas..dimana malam konsert kumpulan in-team, aku lihat dipaparan skrin ada miss call dari kawan aku..berkali2 dia call..aku angkat, tapi disebabkan lagu yang dipasang terlalu kuat dan speaker phone aku lak da slow, aku suh dia message aku jer..

'aq dpt msg cg nyd meninggal'

zuss....

macam petir pantas menyambar hatiku..aku cuba menafikannya..aku minta ummi, dan kawan aku,, Iffah check kesahihan berita ni..
setelah kebenarannya dipastikan, air mata mencurah2 tengah2 konsert tu..

"Ya Allah...aku telah berniat nak ziarah beliau cuti raya ni..masa dia sakit, aku xberpeluang melawat beliau..aku nak mengucapkan terima kasih diatas didikannya kat aku..aku nak mengatakan bahawa apa yang dia nasihat kat aku itu semuanya Engkau telah tunjukkan kebenaran kata2nya..walaupun aku bukan anaknya, layanannya kepada aku dan rakan2 tiada beza sedikit pun.."

malam tu aku tak dapat terima berita ini..segala kata2nya aku ingat kembali...tegurannya..nasihatnya...malah, keputusan untuk memilih pelajaranku selepas spm pun dia yang bantu...

Al-fatihah kepada arwah puan Norhayati binti Din guru biologi (kehidupan)ku...

2 comments:

Nur Areefah said...

takziah...
semoga terus tabah :)
manfaatkan ilmu yang beliau bagi tu dengan baik ^_^'

Huzaifah Zulkifli said...

thanks kak...:)