My Pengikut..hehe

Thursday, April 7, 2011

Life in SHORT SEM

Wah. Sekarang da semester ketiga aku kat kampus ni. Dan sedang mengambil semester pendek disebabkan aku kena repeat satu subjek yang agak dititikberatkan oleh universiti ini. HAHA. Macammanalah aku boleh kena ulang belajar subjek yang sama ni. Nasib baik ayah aku tak marah, tak apa. Berdebar juga tunjuk slip result kat beliau. Manalah tau kot2 dimarahnya waktu tu. Almaklumla, masa aku tunjuk tu, masa tengah kerja. HAHA.
Waktu ni, da 3 minggu aku berada di kampus buat semester pendek dan jelas serta tepat sekali jika aku katakan bahawa, BOSAN GILA! HAHA. Cuba bayangkan, jadual kelas korang seminggu, just ada 2 hari sahaja kena pergi ke kelas atau lebih spesifik, 4 jam sahaja kelas dalam seminggu. Dahla 2 hari je kelas, selebihnya? Aduh. Duk meringkuk dalam bilik la jawabnya. Haru sungguh. Aduh. =.=!
Kepada teman-teman kat luar, jangan la sampai repeat subjek ye. Kalau repeat subjek ni, seksaan tau. HAHA. Jangan jadi macam aku pula. CHOW!

No comments: