My Pengikut..hehe

Friday, April 22, 2011

nilai nasihat...

ok. hari ni aku nak announce yg aku dah deactivate fb aku. hehe.
do not ask me why i deactivate it. i have my own reason, ok? understand? haiz.
inilah hidup manusia sebenarnya. sekejap ok, sekejap tak. sekejap waras, sekejap tak. sekejap tegas, sekejap tak.
pertama sekali, maaflah ya wahai teman dan insan yang selalu duk kunjung fb aku dulu, tapi da tak dapat berbuat sedemikian rupa lepas ni. ada beberapa sebab dan musabab yang aku pergi deactivatekan cik fb itu. bukan apa. untuk mengelakkan dari hati, rupa paras serta mental aku jadi sakit. setakat ni, memang aku dah rasa sakit sangat dengan adanya fb. haha. ber'online' sampai pagi. kadang2, aku terlewat semayang. haisy. dosa orang yang melambatkan2 semayang ni, sebenarnya, sama dengan dosa orang yang tinggal semayang tau. sebab apa? katakanlah kita dah dengar orang azan, tapi duk layan fb juga. bila mak tegur, kita kata, "kejap mak, nanti kite pergi semayang lah". pastu lama2, syok ber'online' punya pasal, semayang kita burn. adus. Astaghfirullah. kan dosa dah tu. tu antara satu hal.
hal yang lain? haha. mana leh gitau hampa semua. haha. simpan sendiri lah. hehe. ada yang kita perlu simpan sorang2, ada yang perlu di share2 kan, betul tak? hehe.
melalut la aku ni. haha. namun, itu bukanlah hal yang aku nak kongsikan ngan korang sekarang ni. ;)

I am a person who don't want the history keep repeating.

tiba2 lak menyingkap kenangan kisah silam.

Ya Allah. jika boleh memilih, aku mahu memilih certain dari memori ku untuk dipadamkan dari ingatanku ini.

sebenarnya, ada sesuatu perkara yang aku asyik teringat sejak kebelakangan ni. setiap kali mengingatkan memori itu, serba salah aku jadinya. ke hulu, ke hilir. tak keruan. mencari penyelesaian untuk memadamkan memori itu. ia, memori indah pada waktu itu berubah menjadi racun dalam fikiran aku.

Ya Allah, hamba memohon pertolongan dariMu. kurniakanlah kekuatanMu kepadaku untuk aku menghapuskan memori itu. sesungguhnya hambaMu ini merupakan hamba yang lemah. tiada apa yang mampu membantuku melainkan hanya pertolongan dariMu YANG SATU.

betul kata2 arwah cikgu aku masa aku jumpa dia berkaitan hal ni, "awak jangan rasa bila awak melibatkan diri dalam hal ini bermakna awak boleh mengatur hidup awak pada masa akan datang. semua rezeki, ujian, dugaan, jodoh, pertemuan, kematian itu semuanya berada di tangan Allah s.w.t. Dia dah mengaturkan semua jalan hidup awak. jangan sesekali mengatur jalan awak itu sendiri." *sudah dihuraikan dengan maksud tersiratnya sekali.

Ya Allah, betul kata2 beliau. semua kata2nya kini telah terbukti. namun, sayang. aku terlalu leka dan alpa. sampai tak mahu aku menerima apa teguran dan nasihat daripada orang disekelilingku termasuk ibubapa serta guru2ku.

tengoklah kawan2, sudah terhantuk baru terngadah. orang dah pesan dari dulu lagi, tapi aku degil.

"peduli apa aku orang nak kata. asal aku bahagia sudah. bukannya diorang ambil berat pasal aku pun."

itulah ayat yang bermain dalam hati aku masa tu. sebelum terkena dah buta. bila dah terkena jadi cina buta lah pula. pergh. pedih kot. time sekolah memang kita yakin segala2nya sebab kita hanya kenal dan hidup dengan kawan2 dalam sekolah tu saja. tapi, bila dah keluar, masalah mula timbul. bila masing2 buat part-time, belajar sementara, mula bercampur dan kenal dengan orang luar dari sekolah. padan muka. orang nasihat, tak mahu dengar. sekarang, tanggunglah sendiri.

pape pon, bila aku terrsebut atau teringat pasal sekolah lama aku, perkara yang aku teringat sekarang ni adalah, arwah guru biologi aku atau orang yang bagi nasihat kat aku banyak2 kali yang boleh dikatakan aku rindu akan nasihat dia. sebab setakat ni, hanya dia sahaja yang advise aku sal hidup dan mendengar apa masalah aku. dengan dia sahaja aku berani story macam2 hal. namun, sekarang, semua dah tak ada. Allah lebih menyayangi beliau. walaupun sedikit terkilan sebab tak sempat nak berjumpa dengan dia buat kali terakhir, namun, Alhamdulillah ingatan aku kat dia, masih kuat. jasa dia, nasihat, pengajaran dia akan aku cuba applikasikan dalam hidup aku.

"Ya Allah, Engkau telah mengambil orang yang mengajar, mendidikku dan mensaihatiku selama ini dariku tanpa kerelaanku. ku memohon Engkau limpahilah rahmatMu kepadanya. kurniakanlah keampunanMu serta Engkau hapuskanlah segala dosa2nya samada dosa yang kecil mahupun dosa yang besar.Engkau telah berjanji bahawa ilmu yang disampaikan yang dimanfaatkan akan dikira apabila matinya seseorang, maka Engkau kotakanlah."

korang2, kalau ada orang yang menasihati kita, tolonglah terima dan ubahlah diri korang. sebab, nasihat itu penting dan semestinya betul. janganlah tunggu bila segalanya terlambat baru nak ikut nasihat itu. takkan menjadi punya.

No comments: