My Pengikut..hehe

Monday, April 25, 2011

janji

tiap2 hari kita mesti ada cakap "ok2, aku janji, aku janji." ok. itu janjilah namanya kan?

janji.

dalam satu hari, berapa kali kita buat perjanjian? dengan emak, ayah, adik, abang, kakak, kawan, partner mahupun couple korang. ha. berapa banyak sudah perjanjian lisan yang korang dah buat? mesti banyak kan? pernah tak korang2 semua laksanakan janji2 korang tu? tanyalah diri sendiri ya. aku malas nak tolong kira untuk korang sekali. haha. yang aku pun tidak terkira dah janjinya, ni nak kira untuk korang pula. haha.

janji.

dulu, masa sekolah, ustazah atau ustaz ada ajar kita pasal janji kan?

Allah telah berfirman:

“Wahai orang-orang beriman, tepatilah janji…” QS. Al Maidah/5:1
dan
“ …dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggung jawabannya” Qs. Al Isra’/17:34

tengok! betapa Allah s.w.t perintahkan kepada kita untuk memenuhi janji kita. betapa pentingnya janji itu kepada Muslim. apabila berjanji, maka, perlulah kita memenuhinya.

Sabda Nabi : Allah berfirman ”Ada tiga orang yang menjadi musuhku di hari kiamat:1). Orang yang menjanjikan pemberian lalu mengingkari, 2). Orang yang menjual orang merdeka lalu ia makan hasilnya, 3). Orang yang mempekerjakan seseorang dan telah memenuhi permintaannya lalu tidak dibayarkan upahnya.” HR. Al Bukhariy.

Ya Allah. takutnya dengan balasan serta hukuman sekiranya tidak menepati janji ni.

macammana kawan2? janji kita dulu. macammana? dah penuhi ke belum? macammana caranya kita nak menunaikannya? Ya Allah, bantulah hambamu ini untuk memenuhi janji yang telah kami lupai dan yang belum kami kotakan.

ingat! jangan pandai2 ank berjanji dah lepas ni. kalau tak mampu untuk berjanji, jangan berjanji. kita bukan akan ingat semua perkara dan yang paling penting, WAKTU MATI KITA, KITA TAK TAHU BILA.

No comments: