My Pengikut..hehe

Saturday, April 30, 2011

Labour Day


Ya Allah. dah pukul brapa dah ni? kenapa aku masih belum tidur ni ha? haha. budak zaman sekarang cakap "takde mood la nak tidur. asyik tidur aje. puas la." eh. bila masa lak kau tak tidur? ohh. pandai. sekarang ni kan trend burung hantu atau kelawar. haha. ataupun bahasa saintifik yang aku reka kan, makhluk bangkit malam. haha. sebab, malam tak tidur, siang, tidur dengan lena selena-lenanya. haha.sedar tak sedar, dah pun masuk Mei. 1 Mei pula tu. haha. mesti ramai yang berada dikampung sekarang ni kan. hehe. cuti lama kan. huhu. ehh. aku? asal lak aku ada dalam dorm lagi? haisy. sedar la diri kau tu sikit. kau tu masih pelajar. yang cuti, pekerja sahaja. haha. boleh pula jawab macam tu kan.
dah dah dah. cukup! cukup!
1 Mei. hari pekerja. masa inilah kebanyakan parentnya yang sedang bekerja, samada ibu, bapa atau kedua-duanya sekali tengah bercuti. baru dapat rehat sebentar cuti ni. penat weh kerja ni. tak percaya? tanya la senior2 atau try la buat part time masa cuti sekolah atau cuti semester. penat weih. ada yang kerjanya memerahkan idea, keringat, tenaga dan sebagainya.
tapi..
bila diorang balik rumah dengan penatnya yang Allah sahajalah yang tahu, pernah tak kita semua sambut mereka dengan elok? pernah tak? no! no! no! bukan masa diorang balik, korang tengah layan kappa mickey, spongebob dan drama kat tv. maksud aku, pernah tak korang semua sambut diorang, salam, cium tangan, angkat beg jamesbondnya, buat air dan sebagainya? pernah tak?
korang2...
kesian parent kita tau kerja penat2 tiap2 hari sebab nak cari rezeki untuk kita, bagi kita makan, baju lawa2 time raya, yuran sekolah, yuran universiti, yuran kelab, beli ubat time kita sakit. ha! bila kita sakit, diorang tak boleh tido elok2 tau. bukannya dapat tido lena macam kita tidur masa adik2 atau abang kakak kita sakit. berkecamuk hati diorang bila dapat tahu anak2 diorang sakit. dahla penat bekerja siang hari, malam bersengkang mata pulak untuk jaga kita. es
ok nak kerja lagi.
korang...
kesian kat parent kita kan? penat kerja, jaga kita time sakit lagi tambah pula ngan perangai kita selama ni yang pelik2. kadang2 kita dah sakitkan hati mereka tanpa kita sedari. sedih diorang bila kita berbuat sedemikian rupa, hanya Tuhan saja yang tahu. Ya Allah. kan Nabi pernah pesan supaya kita tak derhaka pada mereka. sekali diorang nangis sebab kecil hati dengan kita, confirm ke nerakalah kita. perkara kecil, tapi besar maknanya, kawan2. perkara ni tak boleh dibawa main-main tau. cepat2lah kita minta maaf dengan mereka selagi mereka masih ada bersama2 dengan kita. berbuat baiklah dengan niatkan pahala segala amalan dan kebaikan yang kita kerjakan untuk mereka. dan doakanlah kesejahteraan untuk mereka didunia dan akhirat. nak ke korang masa kat akhirat nanti, semua ahli keluarga korang ada dalam syurga, tapi, korang
berada dalam neraka atau, korang berada dalam syurga, tetapi, akibat daripada kebodohan dan perangai kita, parent kita berada dalam neraka. masyaAllah. renung2kanlah bersama. ingat, hidup disini cuma sementara. seperti apa yang dikatakan oleh Pak Hamka, hidup yang kekal adalah kehidupan selepas mati. jadi, mahu kah kita mempunyai kehidupan seperti itu? fikirkanlah.
korang2...
kenang2kanlah semula hubungan kita dengan parent kita semasa kecil dulu. kenapa kita perlu berubah dari menjadi seperti dulu? bukankah dengan kehidupan macam masa kecil2 dulu yang kita idam2kan?

tanpa mereka, siapalah kita yang telah besar, dewasa dan berjaya ini. segala2nya bermula dari parent kita.

to my parent,
anakanda disini memohon beribu kemaafan diatas kekurangan sepanjang kalian mendewasakan anakandamu ini. terima kasih kerna kalian telah membesarkan anakandamu ini dengan didikan yang secukupnya tanpa sedikit kekurangan.
love you all~


No comments: