My Pengikut..hehe

Sunday, May 29, 2011

pride, honour, discipline


sesi band camp sudah abis kelmarin, dan waktu untuk aku bersama dengan semua ahli TePCES Marching Band pun berakhirlah sampai disitu sahaja. Band camp 2011 ini bagi aku amat menyeronokkan dan meninggalkan kesan kepada diri ahli band (junior aku) serta kepada diri aku sendiri. Aku senang melihat dan mendengar tawa ria mereka semasa latihan, tetapi, buat masa tiga bulan ini, aku akan kembali kesunyian. Kesunyian dari bunyi alatan muzik disekolah lamaku. Clarinet, saxophone, trumpet, euphonium, trombone, tuba, snare drum, quads tom drum, bass drum, cymbal dan juga bell. Ya Allah, kini aku tahu apa yang aku rindui. Aku tahu apa yang aku idam2 kan. Dan aku kini tahu dimana sebenar diriku. Sayu tika aku bergambar dengan junior2 aku sebelum aku pulang tadi. Tak sangka, ayat, ONE BAND ONE SOUND ONE FAMILY itu merupakan hakikat dan merupakan kenyataan dan bukan hipotesis. Walaupun penat aku membantu guru jemputan dan jurulatih band sekolah lama aku itu, tapi aku puas. Puas apabila akuu mendengar bass drum line yang selama ni main salah dapat main dengan baik apabila diminta. Seronok melihat snare drummer mempergayakan aksi bermainnya dan makin aku gembira mendengar bunyi melodi, harmoni yang dimainkan oleh blower. Dalam mempunyai masalah, dalam kekusutan, dan dalam kesusahan, ada penenangnya. Jika kita pandai cari apa yang dapat menenangkan jiwa, kita akan dapat menghadapi kesukaran itu walaupun kesukaran itu sebenarnya tidak mampu ditanggung oleh diri.
Alhamdulillah, sepanjang 2 hari 2 malam aku bersama mereka, aku senang mendengar perubahan yang telah mereka lakukan dan aku amat berbangga dengan mereka semua. Dalam mereka menimba ilmu, aku pun mahu juga memiliki serba sedikit ilmu yang disampaikan. Bersyukur ke hadratNya kerna aku telah diberi peluang menyertai camp ini.
TePCES Marching Band, aku amat berbangga dengan korang semua, jangan korang main2 lagi pasni. Abue nak tengok improvement korang bila dah jumpa nanti. Seronok bersama dengan korang semua dan seronok dapat berjumpa korang masa band camp ni. I know you all will be the best.
sesi penggambaran pas band camp (tanpa aku..wuu..wuu... :'()

SEE YOU ALL TePCES MARCHING BAND MASA NATCOMP 2011 NI!!!!! I LOVE YOU!!!!!!!

No comments: