My Pengikut..hehe

Monday, November 14, 2011

kenapa tak sama????

alhamdulillah. baru sudah tengok kem muzik di geliga tadi bersama sifu aku, Mr. Awie dan kawan yang setakat ni asyik teman aku kemana-mana samaada untuk main muzik ditepi pantai atau bersiar-siar. :D seronok walaupun masih tak puas. malam ni kem tu ada lagi, tapi, aku tak dapat pergilah kan. kalau aku pergi lagi malam ni, apa pula kata mak ayah aku. beruntunglah aku mereka masih belum menghalang aku untuk menjenguk dan menolong Mr. Awie ajar ahli band tu walaupun mereka ada bertanya "bila nak berhenti main brassband ni?" alamak. soalan itu aku tak jawab, sebab diorang dah tau apa jawapan yang aku akan bagi iaitu, "selagi masih ada minat, pergi." sebab memang aku susah untuk menghentikan minat aku sehinggalah aku rasa sedemikian.

sebenarnya hari ni Mr. Awie minta tolong dari aku untuk melatih ahli band untuk marching @ berkawad. hehe. memang bidang aku bab-bab kawad ni. walaupun aku bergelar drummajor dulu, tapi aku lemah dalam bab muzik ni walaupun aku pernah main trumpet, high tension drum, quad-tom drum dan bass drum. mungkin kerana aku asyik menumpu sepenuh perhatian untuk latihan menghayun dan melambung mace @ cokmar. asal time ensemble (semua seksyen), aku keluar membawa mace tu dan 'main' kat tanah lapang. bila sesi latihan untuk marching, barulah aku yang conduct. begitu juga dengan formasi.

opsss. dah melalut. back to the story. 10 minit sebelum latihan, aku pun bergerak ke sekolah. belum lagi aku masuk ke kawasan sekolah, aku bertembung dengan Akmal and the gang. Afif, Ilya. diorang beritahu yang latihan untuk kawad pada petang tadi dibatalkan sebab tak ramai yang datang. dah separuh jalan, sikit lagi nak masuk ke kawasan sekolah. aduh. patah semangat aku bhai. sedih siot. takkan nak balik macam tu saja. aku pun dengan tanpa berlengah lagi, call Mr. Awie dan berjumpa dengan dia seperti yang dia beritahu dimana dia berada dan aku berjumpa dengan Adib, Alia, Atin Suha, Mida, Afin atau yang aku boleh kata, muka yang sama saja tiap kali aku jenguk band. Mr. Awie pun beritahu aku dia nak cancelkan latihan petang itu sebab tak ada orang yang datang.

*dalam fikiran aku, aku hairan kenapa mereka tak datang seperti tak berminat dengan band ni. kemana semangat diorang semasa mula-mula join band ni? pening juga kepala aku fikirkan semua ni. nak buat macam mana lagi sampai boleh mendapat bilangan solid 62 orang untuk ke pertandingan? aduh...

No comments: