My Pengikut..hehe

Saturday, December 3, 2011

wanita gila yang menjaga auratnya..


wargh.. geram pula rasanya malam ni. nampak tak apa dah jadi dengan blog aku ni? haha. dah FAIL! siot betul. apalah nak jadi dengan aku malam ni. eh. tengok kat bulan sebelah tu. sudah 9 Muharram rupanya. dah 9 hari dah masuk tahun baru hijrah 1433 ni. alhamdulillah. makin panjang umur aku dan korang-korang semua yang membaca ni. alang-alang dah tau tarikh hari ni 9 muharram kan, jomlah kita pakat berpuasa hari assyuraa beramai-ramai. best wo. ganjaran pahala banyak sangat.
Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."


mashaAllah. besar betul ganjarannya ni. itu yang dalam pengetahuan aku. yang diluar pengetahuan aku? haa. belum termasuk lagi tu. marilah semua kita berpuasa. kenapa ajak berpuasa hari ni? berpuasa pada 10 muharram dan hari yang beriringan dengannya, samaada 9 atau 11 muharram tu untuk membezakan puasa orang yahudi dan puasa kaum muslimin. ha.. ada faham?

bercakap mengenai hari assyuraa ni, tiba-tiba lah pula teringatkan ceramah awal muharram dimasjid berdekatan dengan rumah aku ni. ceramah oleh al-fadil ustaz tabrani. seorang imam disebuah masjid dalam daerah ni juga. dalam ceramah beliau, ada point yang menarik minat aku.

beliau mengisahkan ada seorang wanita pada zaman nabi s.a.w ni mempunyai penyakit gila. beliau pun berjumpa dengan nabi dan meminta nabi berdoa kepada Allah s.w.t untuk menyembuhkan penyakit gila beliau. nabi pun berkata kepadanya bahawa baginda boleh menjamin kesembuhan dari penyakit gila itu tetapi tidak dapat menjamin dia dapat ke syurga atau tidak. mendengar hal itu, perempuan itu menarik balik niatnya itu. kemudian dia berkata lagi "ya rasulullah. jika begitu, engkau berdoalah kepada Allah s.w.t supaya ketika datangnya penyakit gilaku ini, tidak terbuka olehku segala auratku", maka nabi pun berdoalah. dan apabila datangnya sakit wanita itu, mashaAllah, terjaga olehnya aurat seperti yang dimintanya tadi. subhanallah. tengok tu kawan-kawan, kalau dalam bahasa kasar kita sekarang ni, 'ORANG GILA PUN TAHU MENUTUP AURAT' subhanallah. kita yang sihat tubuh
dan akal fikiran ini macammana pula? tak tahukah kita apa yang baik dan buruk? bukan ditujukan kepada kaum hawa sahaha tau, kaum adam pun sama juga. kenapa? toksah bertanya lagi. pakai seluar tak cukup syarat. kadang-kadang tu boxer sahaja dipakainya untuk bermain bola.

ingat teman-teman, walaupun masing-masing sudah panjang lebar, baligh, besar, segala amalan kita diatas muka bumi masih dikreditkan sahamnya kepada parent kita. mereka perlu menjawab soalan-soalan dari Yang Maha Esa nanti. "mengapa anakmu tidak menutup aurat? adakah sudah engkau melunaskan tanggungjawabmu sebagai ibubapanya dengan mengajarnya tentang aurat?" tuddia. apa jawapan yang teman-teman mahu berikan? dengan Dia kita tak dapat mengelat macam yang kita selalu buat bila sudah kantoi.
pakai elok-elok..
fikirkanlah. buka hati, buka minda, tanya iman. wallahualam

No comments: