My Pengikut..hehe

Tuesday, September 14, 2010

Accidentally...Critically...Deadly...


Tiba-tiba aku terpanggil untuk membicarakan tentang accident atau nama saintifiknya kemalangan yang kian meruncing pada masa kini. Semakin lama kita beraya, semakin tinggi kes-kes yang dipaparkan dimuka tv setiap hari. Namun, apa yang menghairankan aku disini ialahtiap kali kemalangan yang dilaporkan, mesti motosikal yang paling tinggi ranking dia. Mengapakah hal ini boleh terjadi? Aduh..

Semasa aku balik kampung kat Kuala Terengganu semasa raya ke-2 baru-baru ni, aku tengok ada beberapa pasang pasangan naik moto. Pergi raya la kot. Tapi kan, si penunggang atau lebih manja `si pakwe` pakai helmet, tetapi, si pemboncengnya pula atau `si awek` lak tak pakai helmet lak. Uisyyy. Kata, i love you so much lah, tu lah, ni lah. Tapi bila bawa naik moto sama2, tak bagi pakai topi keledar lak. Pakwe je pakai helmet. Apa kes? Kan lam tv sudah di pesan, pakailah topi keledar anda, nape korang2 ni tak dengar? Pasal tulah banyak kes kemalangan maut tu. Bila da jatuh, kepala terhantuk kat atas jalan yang keras macam tar tu, then innalillahi wa inna ilaihi raji un.

Sebelum kita semua berpuasa, motosikal aku kena curi masa adik aku pergi bandar. Motosikal EX5 tu. Aiyo. Bila aku balik je dari CFS IIUM, aku da tengok moto tu takde dah. Banyak kenangan aku ngan moto tu. Masa tunggang moto tulah aku rasa first time jatuh moto. Hurm. Menurut member2 aku lak, moto fashion yang aku pakai tu kan, biasanya orang cabut bahagian2, pastu jual kat orang yang nak beli terutama mat rempit. Haaaaa. Ni pun boleh menjadi salah satu punca berlakunya kemalangan maut dalam kalangan motosikal. Dahla baru tersebut barang curi. Korang beli pula dari pencuri tu. Memanglah murah wahai saudaraku. Tapi, tahukah anda yang barang tersebut merupakan barang curi. Tidak elok barang tu korang beli. Tiada barakah atau berkatnya dari barang tu. Bila sudah beli,korang pun bawa lah moto untuk pulang ke kampung bersama-sama part2 yang tak berkat tu. Lepas tu mulalah terbabas, jatuh, dirempuh. Semuanya sebab satu bahagian yang kecil sahaja. Saudara, apakah hukum kita mkan makanan yang dicuri? Diakhirat nanti, tubuh yang mempunyai daging hasil dari makan makanan yang shubhah atau haram itu akan menjadi kayu atau sumber api neraka kelak. Saudara semua tahu kan? Begitu juga dengan motosikal tersebut. Itulah petunjuk yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t kepada kita sebagai hambaNya untuk menjaga tubuh kita semua dari perkara mungkar seperti motosikal yang dilengkapi dengan komponen yang datang dari sumber haram itu.

Oleh itu sahabat2 sekalian, ingatlah, Allah telah menyuruh kita untuk menjaga kebajikan diri sendiri dan menjaga keselamatan diri. Hukum untuk berbuat sedemikian adalah wajib. Maka, kepada penunggang mahupun pembonceng sekalipun, ingatlah untuk memakai topi keledar. Kepada pemandu pula, ingatlah untuk menjaga kebajikan pengguna jalan raya yang lain. Kerana bukan anda sahaja yang menggunakan jalan raya tersebut, bahkan ramai lagi pengguna lain yang menggunakan jalan raya tersebut. Dan, ingat! Jangan sesekali membeli secara sewenang-wenangnya peralatan mahupun bahagian motosikal ataupun kenderaan yang lain untuk membaiki kenderaan kita. Periksa dahulu dari mana datangnya peralatan tersebut. Jangan hanya pentingkan harga sahaja.

2 comments:

Azwan Azmi said...

moga ex5 hang bersemadi dengan aman abu..

Huzaifah Zulkifli said...

hahaha...amin....