My Pengikut..hehe

Tuesday, November 16, 2010

Mengapa kita perlu kuat dan bersatu??

Kali ni, aku nak tulis perkara yang mungkin boleh dianggap sebagai isu perkauman BAGI ORANG TAK RETI MEMBACA DAN MENGHAYATI SAHAJA. Tetapi, bagi aku, aku bertanggungjawab menyedarkan anak bangsa aku sendiri untuk memastikan generasi kita pada masa kini dan pada masa akan datang terus hidup dalam keadaan yang sejahtera.

Baru2 ni, aku telah sertai Kem Bina Negara di sebuah kem didalam Malaysia ini. Bagi sesetengah member aku yang join sama ngan aku mengatakan yang kem tu merupakan propaganda sesetengah parti politik. Errrr. Sebelum aku sampai kat kem tu, ada juga perkara tersebut bermain lam fikiran aku. Tetapi, selepas abis sesi kem tersebut, aku mula bentak lam hati aku. Apa?? Propaganda parti itu?? Uisyy. Apa ni?? Butakah mereka?? Pekakkah mereka??

Apa yang cuba disampaikan ialah kepentingan kita sebagai orang M bersatu dalam negara sendiri. Jangan bagi negara kita dijajah sekali lagi. Jika dahulu, kita dijajah oleh orang asing yang datang entah dari mana. Sekarang, kita bakal dijajah oleh orang yang telah berada didalam negara kita sendiri. Tahukah anda bahawa sedikit demi sedikit hak istimewa kita dikurangkan?? Semakin banyak tanah negara kita dibeli oleh kaum X daripada orang kita sendiri. Dan adakalanya orang kita ni sanggup menjual dan membantu bangsa lain dari membantu bangsa sendiri.

Wahai bangsaku!! Sedarlah kamu, mereka makin hari, makin berani menentang kita dalam diam. Dihadapan kita mereka berlagak baik. Tetapi, tanpa kita ketahui, mereka telah merancang untuk menentang kita. Bukan sahaja pada bangsa. Malah, AGAMA KITA YANG SUCI INI. Sanggupkah kamu melihat agama kita dipermainkan oleh agama lain?? Janganlah kamu jadi seperti SI BANGANG yang sanggup menjual nama TUHAN YANG MAHA SATU demi mendapat undian dalam pilihanraya. Tindakan yang paling bodoh pernah aku dengar sepanjang kehidupan aku.

Sedarlah wahai bangsaku. Walaupun kamu mempunyai kefahaman politik yang berbeza, namun, tidak sepatutnya kita duduk pada meja yang berbeza tika dikedai kopi, tidak memalingkan muka bila berselihan malah tidak bertegur sapa apabila berjumpa. Adakah kamu membawa ajaran Nabimu seperti yang kamu hebahkan kepada orang dikala kamu mengutuk dan mengeji orang lain yang mana sesama bangsa. WOI!!!!!!!!!! kita datang dari tempat sama. Duduk dibumi yang sama. Menghirup udara yang sama. Kenapa kamu mahu mengasing2kan kedudukan kamu dengan orang lain??

Ingin sekali aku berkongsi kepada kamu bahawa mereka hidup di Malaysia, mereka bersaing sesama kita dalam memegang tunggak pimpinan negara pada masa kini. Mereka sekarang mahu berlawan dengan orang2 kita. Sekiranya Malaysia sudah dikuasai mereka, maka suatu hari nanti, generasi pada masa akan datang akan hidup dalam keadaan yang menyedihkan.

Oleh itu kepada saudara saudari sekalian, usahlah kita duduk berasingan dengan orang lain. Wujudkanlah rasa toleransi serta ukhuwah dalam diri. Pupuklah semangat perpaduan dan buangkan sifat saling benci membenci. Pupuklah rasa ingin bersaing dengan baik dan bencikanlah penindasan serta penyelewengan.

untuk bangsaku...

3 comments:

Arahmyad said...

Yes!! Aku sokong!!

Arjuna said...

Tuan punya tanah,ikut hati mati,ikut rasa binasa...
kita tidak patut lagi ada perasaan `racist`kerana kita rakyat Malaysia..
kaum lain dan melayu pernah bersama-sama memajukan malaysia,seharusnya mereka ini mendapat keistimewaan ini...
usah bercakap keistimewaan hak ketuanan melayu jika masih ramai lagu yang tinggal di bawah paras kemiskinan...

Huzaifah Zulkifli said...

bukan berniat untuk racist tapi untuk menyedarkan bangsa sendiri..sekarang bangsa ini lemah..selemah2nya...perlu daya yg membolehkan mereka bangkit smula..mmg smua memajukan Malaysia..tp, apa niat sebenr, kita xtahu..anda juga tahu rmai yg masih berada pd paras kemiskinan..jd, salahkah jika sy mahu memberi sntikan kpd jiwa mereka utk sedar apa yg sebenarnya mereka perlu lakukan..bukan berniat utk membangkitnakn semangat `racist` yang seperti anda katakan..menyedari hal yg berlaku, sy mengambil jln ini utk mndekati bangsa Melayu ini..krna, sy tiada kuasa utk menggunakan `tangan`, maka sy menggunakan `lidah` @ `ayat` utk menyedarkan mereka..dan menggunakan `hati` merupakan slemah2 iman...terima kasih...